Dekoder MyTV Untuk Siaran TV Digital

Mungkin masih ramai yang masih tidak faham dan tidak jelas kenapa kena beli dan dapatkan dekoder MyTV untuk siaran tv terbaru. Dan kenapa TV analog lama tidak boleh digunakan. Dan ada sesetengah TV LCD/LED biasa pun ada yang tidak boleh tonton siaran tv terkini. Kenapa? Bagi sesetengah orang, peralihan ini seperti menyusahkan. Dan bukan semua orang akan dapat dekoder MyTV secara percuma. Yang tidak dapat, kena keluar duit pula untuk tujuan hanya untuk menonton televisyen. Kenapa?

Begini ceritanya. Sejak dari dulu, siaran yang anda tonton di kaca tv anda samada tv anda jenis besar berat, jenis skrin flat, jenis lcd, plasma atau led adalah menggunakan siaran jenis “ANALOG”. Masalah analog ada kekurangan untuk memberikan gambar yang lebih jelas dan juga tajam tidak dapat diberikan. Dan masalah ini dapat di atasi jika siaran tv kita yang lama ini iaitu siaran jenis analog ditukarkan kepada siaran jenis digital.

Dekoder MyTV murah yang rakan saya beli

Pasang Dekoder MyTV Di Kedai Makan
Apabila siaran signal tv jenis digital dipancarkan dari menara pemancar tv, maka hanya tv yang boleh menerima siaran berbentuk digital sahaja boleh menerima siaran tersebut. TV yang boleh menerima siaran tv digital yang di dalamnya terbina perkakasan elektronik bernama “DVB-T2”. Mana mana tv yang anda beli ada tulis berkebolehan untuk memainkan siaran digital pasti ada tulis boleh menerima siaran berbentuk DVB-T2.

Sebelum ini saya ada membeli smart tv jenama Philips dan memang ada dipaparkan menyokong format DVB-T2. Jadi ketika kerajaan menamatkan siaran analog seluruh Malaysia pada Oktober 2019, tv saya tetap boleh ditonton kerana berkebolehan menerima dan membaca signal jenis digital. Bagaimana pula dengan orang yang tv mereka adalah jenis tv lama dan tidak menyokong format DVB-T2? Memang tidak boleh tonton tv langsung. Ini adalah fakta.

Hanya ada 2 sahaja cara penyelesaian yang boleh anda lakukan. Yang pertama adalah anda kena beli TV yang baru. Tetapi saya pasti bukan semua orang ada duit hendak tukar dan beli tv baru betul? TV digital paling murah dan berjenama pun sudah berharga RM600 tidak silap saya yang bersaiz 32 inch.

Cara yang ke-2 adalah lebih praktikal, munasabah dan lebih murah. Anda masih boleh menggunakan TV lama anda. Cuma anda kena gunakan sekali dengan “DECODER MYTV“. Untuk pengetahuan anda, dekoder MyTV ada pelbagai jenama, saiz dan juga harga. Ianya tidak semestinya ada tulis “MyTV” maka ianya adalah decoder yang betul. Apa apa sahaja pun boleh. Asalkan ianya menyokong format DVB-T2.

Antara MyTV dekoder yang support DVB-T2 di Shopee

Website Online Shopping Popular Malaysia

* Shopee – website online shopping popular di Malaysia
* Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia

Dengan kata lain, semasa anda membeli dan mendapatkan dekoder MyTV buatan China yang murah misalnya, sila pastikan ianya ada dituliskan menyokong iaitu support format DVB-T2 maka bolehlah anda beli. Apa tujuan dan kegunaan dekoder ini? Tujuan dia adalah untuk menerima siaran digital melalui dekoder MyTV anda dan kemudian baru dipancarkan ke tv lama anda. Jadi anda sudah boleh tonton siaran digital tanpa masalah tanpa kena tukar tv baru. Ini untuk bajet yang rendah. Ini caranya.

TV di kedai makan emak mertua rakan saya tidak boleh ditonton sejak kerajaan menutup siaran tv analog. Jadi beliau beli sahaja dekoder MyTV di kedai tv atau kedai elektrik dan pasang. Selesai pasang, memang boleh tonton semua rancangan tv tanpa masalah. Cuma yang menariknya dengan siaran digital adalah, paparan siaran adalah lebih jelas, terang dan juga tajam. Mudah cerita cantiklah. Berapa harga dekoder MyTV ini? Beli sahaja secara online. Banyak yang bawah RM100. Beli sekali Tv antenna indoor digital yang support siaran digital ya. Murah sahaja. Dalam puluh puluh ringgit sahaja. BYE!!!.