10 Tablet Murah Terbaik Dan Berkualiti Di Malaysia 2022

Mungkin dulu penggunaan tablet tidak popular namun, sejak pandemik Covid-19 menyerang, tablet merupakan satu peranti multimedia penting.

Terutama dalam kalangan pelajar yang kini sedang menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atau online class.

Sebagai ibu bapa, mungkin kita tak tahu yang mana satu tablet sesuai untuk si anak kecil. Mana tidaknya, banyak sangat pilihan tablet terbaik 2021.

Jadi, dalam artikel ini kami akan senaraikan senarai harga tablet murah dan berkualiti.

Senarai 10 Tablet Murah & Berkualiti
Semak Huawei Smart 10 Pro 4G Lite HD Tablet harga dibawah:

add_circleBateri tahan lebih lama

add_circleVersi Android paling terbaru

remove_circleKualiti kamera depan kurang jelas

* CPU: 1.3GHz Quad-Core

* OS: 7.0 Marshamallow

* Memori: 4GB/6GB RAM

* Storan: 64GB/128GB

* Skrin: 10.1”

* Kamera: 5MP (Belakang) 2MP (Depan)

* Bateri: 8800mAh

* Network: 4G

Tablet Huawei Smart 10 4GLite mempunyai 128gb memori sekaligus memudahkan pengguna untuk bermain game atas talian, melayari internet menggunakan pelbagai platform sosial media dengan lancar dan boleh melayan video atau drama kegemaran di tablet.

Tambah pula, tablet ini memiliki skrin luas dan penggunaan bateri tablet Smart 10 Pro mampu bertahan lama tanpa perlu mengecas sambil bermain atau perlu charge batery banyak kali.

Bahagian rekaan pula berkonsepkan ‘super thin’ dimana sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana mudah dibawa ke mana saja.

Apa yang menarik lagi, tablet Smart 10 penggunaanya 2 dalam 1 di mana anda boleh menukarkan tablet mode kepada PC mode. Cucuk saja wayar YSB keyboard pada tablet dan anda boleh gunakan keyboard pada tablet.

Tablet untuk pelajar universiti

Semak Teclast P20HD harga dibawah:

add_circleSkrin yang agak luas

add_circleMempunyai Dual-Band Wi-Fi

remove_circleKualiiti kamera kurang memuaskan

remove_circleBateri hanya bertahan sehingga 7 jam

* CPU: 1.6GHz Processor

* OS: Android * Memori: 64GB

* Storan: 4GB

* Skrin: 10.1”

* Kamera: 5MP (Belakang) 2MP (Depan)

* Bateri: 6000mAh

* Network: Wifi

Tablet Teclast P20HD boleh menjadi penganti komputer riba dan sangat sesuai bagi golongan pelajar universiti kerana membolehkan seseorang menyiapkan kerja dimana saja.

Uniknya lagi, tablet ini di naik taraf kepada AI Speed Up Intelligence sekaligus mampu memberi kelancaran semasa digunakan.

Selain itu, kebanyakan pelajar perlukan penterjamahan bahasa dan sistem tersebut ada dalam tablet ini.

Bahagian operasi sistem yang digunakan iaitu Android 10 membolehkan tablet ini menyokong pelbagai bahasa dari luar negara, bukankah ini sangat memudahkan pelajar?

Tambahan pula, tablet ini juga boleh menyokong software Microsoft Office.

Paling penting tidak lagging semasa menggunakannya serta diberi apps Google Play Store mudah untuk download segala applikasi yang diperlukan untuk keperluan kertas kerja.

Semak Samsung Galaxy Tab A7 harga dibawah:

add_circleBateri tahan lebih lama

add_circleMempunyai pengecas USB-C

add_circlePengecaman wajah

remove_circleCahaya skrin tidak terang

* CPU: Qualcomm SM * Skrin: 10.4-inch, 2000×1200-pixel

* Storan: 32GB

* Memori: 3GB

* Bateri: Li-Po 7040 mAh, non-removable

Akhirnya, peminat Android mempunyai pesaing iPad kerana harga Android ini jauh lebih berpatutan.

Walaupun dijual dengan harga lebih murah, Galaxy Tab A7 setanding dengan produk iPad kerana cara penggunaannya lebih kurang.

Antaranya, microSD mampu menyimpan sehingga 1TB, jenis bateri digunakan mempunyai daya tahan yang cukup bagus kerana mampu bertahan selama 13 jam 13 minit.

Tablet ini juga mempunyai ciri iPad Pro yang mana pengguna boleh set pengecaman wajah untuk membuka kunci skrin. Canggih bukan?

Lebih seronok lagi, mudah dibawa ke mana saja kerana pihak samsung mencipta rekaan tablet senipis 7mm dengan berat 476g. Memang sangat mudah di bawa ke mana saja!

Sesuai untuk setiap peringkat umur

Semak Huawei MatePad T 10s harga dibawah:

add_circleRingan, hanya 450 gram

add_circleMempunyai fungsi App Management & Screen Time Management

add_circleAda fungsi perlindungan mata

remove_circleKualiti kamera sederhana

remove_circleTidak mempunyai flash

* CPU: 4 x Cortex-A73 2.0 GHz + 4 x Cortex-A53 1.7 GHz

* Skrin: 10.1’

* Bateri: Lithium Polymer Battery (5100 mAh)

* Memori: 64 GB

* Kamera: Foto – 2 MP (Depan), 5MP (Belakang) | Video x 720 pixels, 30 FPS (Depan), 1920 x 1080 pixels, 30 FPS (Belakang).

Huawei MatedPad T10s mempunyai TUV Rheinland untuk dapat mengawal pencahayaan cahaya skrin yang sesuai untuk mata.

Tidak kira ketika keadaan gelap atau terang jadi, mata tak mudah rasa penat.

Bagusnya lagi, tablet ini mempunyai Huawei App Multiplier yang membolehkan pengguna membuka dua windows dalam satu skrin.

Selain itu, tablet ini mampu menyokong pelbagai jenis multimedia (mp3, jpg, png, mp4 dan lain-lain) sekaligus memudahkan pengguna membuat sebarang kerja.

Selain itu, tablet ini mempunyai satu ruang khas untuk pembelajaran yang sesuai untuk kanak-kanak serta satu ruangan sesuai untuk pelajar sekolah rendah sehingga pelajar universiti.

Ini kerana Huawei MatePad mampu memuat naik pelbagai aplikasi melalui AppGallery. Pilih saja!

Semak Lenovo TB-X306X / M10 HD 2nd Gen harga dibawah:

add_circleSpeaker yang baik

remove_circleTiada slot sim-card

* CPU: Octa-core (4×2.3 GHz Cortex-A53 & 4×1.8 GHz Cortex-A53)

* Skrin: 10.1’

* Memori: 4GB

* Storan: 32GB

* OS: Android™ * Bateri: 5000 mAh

Walaupun tablet Lenovo ini hanya bersaiz 10.1 inci tapi paparan visual skrin HD.

Jadi sewaktu melakukan tugasan untuk melihat video atau membuat panggilan video, gambaran di skrin sangat jelas.

Menariknya lagi, bateri 5000mAh mampu bertahan selama 8 jam untuk panggilan video dan 10 jam untuk melayari internet.

Memang sangat sesuai untuk mereka yang ingin menggunakan tablet sebagai alat peranti pembelajaran.

Selain itu, anda mudah bawa tablet ini ke mana saja kerana beratnya hanya 420gram dan mempunyai empat jenis sensor.

Setiap sensor mempunyai fungsi yang berbeza iaitu Accelerometer (G) sensor, hall sensor, ALS dan proximity sensor.

Semak Lenovo Smart Tab M10 FHD Plus harga dibawah:

add_circleSkrin Full HD yang cantik

add_circleReka bentuk yang selesa untuk dipegang

remove_circleSaiz RAM yang kecil

* CPU: Qualcomm® Snapdragon™ 730G Processor
* OS: Android 8.1 Oreo
* Storage: 32GB
* Skrin: 10.1”
* Bateri: 4850mAh

Tablet yang menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo ini dijamin memberi keselesaan kepada pengguna dalam segi mengemas kini aplikasi yang diingini.

Berbekalkan processor daripada Snapdragon 730G serta RAM sebanyak 3GB, pengguna semestinya akan berpuas hati memiliki tablet entry-level ini.

Ruang simpanan sebanyak 32GB yang terdapat dalam tablet ini kedengaran kecil namun pengguna boleh menambah baik sehingga 1TB mengikut keperluan.

Skrin seluas 10.1” serta beresolusi tinggi ini memberikan pengguna pengalaman yang lebih baik berbanding tablet lain.

Ini kerana bukan sahaja besar, malah tablet ini mempunyai reka bentuk yang cantik.

Semak Samsung Galaxy Tab A7 Lite harga dibawah:

add_circleBateri tahan lebih lama

add_circleMempunyai pengecas USB-C

add_circlePengecaman wajah productnation

remove_circleCahaya skrin tidak terang

* CPU: Qualcomm SM6115
* Skrin: 10.4-inch, 2000×1200-pixel
* Storan: 32GB
* Memori: 3GB
* Bateri: Li-Po 7040 mAh, non-removable

Akhirnya, peminat Android mempunyai pesaing iPad kerana harga Android ini jauh lebih berpatutan.

Walaupun dijual dengan harga lebih murah, Galaxy Tab A7 setanding dengan produk iPad kerana cara penggunaannya lebih kurang.

Antaranya, microSD mampu menyimpan sehingga 1TB, jenis bateri digunakan mempunyai daya tahan yang cukup bagus kerana mampu bertahan selama 13 jam 13 minit.

Tablet ini juga mempunyai ciri iPad Pro yang mana pengguna boleh set pengecaman wajah untuk membuka kunci skrin. Canggih bukan?

Lebih seronok lagi, mudah dibawa ke mana saja kerana pihak samsung mencipta rekaan tablet senipis 7mm dengan berat 476g. Memang sangat mudah di bawa ke mana saja!

Semak Realme Pad harga dibawah:

add_circleSesuai untuk mesyuarat dan kelas online

add_circleKapasiti bateri yang besar

remove_circleTidak menyokong pen stylus

* CPU: Octa-core, Mediatek Helio G80
* OS: Android 11
* Skrin: 10.4-inch
* Kamera: 8MP (belakang) 8MP (depan, ultra-lebar)
* Bateri: 7100 mAh

Realme Pad merupakan tablet murah dan mudah untuk digunakan bagi kegunaan seperti melayari laman web atau media sosial, menonton video and movie, serta melakukan tugas pejabat.

Tablet ini juga boleh dijadikan tablet gaming dengan CPU yang digunakan.

Dengan ketebalan tablet 6.9mm dan berat sebanyak 440 gram, tablet ini juga agak ringan dipegang.

Untuk paparan skrin pula, saiz 10.4 inch tentunya cukup besar untuk kegunaan harian.

Selain itu, paparan skrin turut boleh diubah kepada mod gelap, mod membaca yang disesuaikan dengan kandungan yang anda lihat.

Kapasiti bateri sebanyak 7100 mAh pula mampu memberi ketahanan terbaik penggunaan tablet sehingga jam bagi sekali caj. Memang cukup lama.

Bagi kaki movie atau K-Drama, pasti puas dengan kualiti bunyi pada tablet ini yang menggunakan speaker Dolby Atmos Quad.

Semak Lenovo Tab M7 harga dibawah:

add_circleHarga yang murah

add_circleMenyokong microSD

add_circleMenyokong Android 11

remove_circleKapasiti bateri kurang memuaskan

remove_circleResolusi skrin yang biasa

* CPU: Octa-core 2.0 GHz
* OS: Android 11 (Go edition)
* Skrin: 7-inch
* Kamera: 2MP (belakang) 2MP (depan)
* Bateri: 3750 mAh

Lenovo Tab M7 merupakan sebuah tablet mampu milik dengan saiz skrin yang kecil.

Bagi anda yang mahukan tablet bersaiz kecil, mungkin ini tablet yang sesuai. Tablet ini juga menyokong sistem operasi Android 11. Jadi masih lagi relevan pada tahun 2022.

Dari segi kamera pula, saiz megapiksel agak kecil iaitu sebanyak 2MP bagi kamera depan dan belakang.

Jika anda sekadar mahu menangkap gambar yang biasa, kamera Lenovo Tab M7 mampu menghasilkan gambar yang jelas.

Untuk kegunaan internet biasa, tablet ini menyokong sambungan ke rangkaian 4G.

Sesuai bagi kegunaan harian seperti melayari internet atau bermain media sosial.

Semak Samsung Galaxy Tab A8 harga dibawah:

add_circleBateri tahan lama

add_circleHadir dengan 4 speaker

add_circlePengecasan pantas

remove_circleTidak sesuai untuk gaming

* CPU: Octa-core, Unisoc Tiger T618
* OS: Android 11, One UI 3
* Skrin: 10.5-inch
* Kamera: 8MP (belakang) 5MP (depan)
* Bateri: 7040 mAh

Samsung Galaxy Tab A8 mempunyai saiz skrin bersaiz 10.5 inci menjadikan mudah untuk para guru yang mahu menggunakan tablet bagi sesi PDPR.

Dari segi kuasa pemprosesannya, cipset Unisoc Tiger T618 standard mampu untuk menjalankan tugasan multitasking dengan lancar dan tepat.

Mungkin tidak mempunyai kuasa pemprosesan yang luar biasa, tapi tablet budget ini memadai untuk melakukan tugas harian.

Sistem operasi One UI 3 berasaskan Android 11 juga mampu berfungsi dengan lancar dalam menjalankan tugas harian.

Malah, turut menawarkan feature yang sesuai dengan cara penggunaan anda.

Hadir dengan tawaran RAM 3GB dan 4GB, dan juga saiz storan dalaman 32GB dan 128GB, anda boleh memilih saiz yang bersesuaian dengan keperluan anda.

Tablet Atau Komputer Lebih Baik?
Persoalan ini mungkin sering bermain bagi anda yang mahu membeli peranti berasaskan komputer yang baru. Antara tablet atau komputer, mana yang lebih baik?

Jawapan bagi persoalan ini terletak pada keperluan dan cara penggunaan anda.

Tablet kebiasaannya bersaiz kecil, kompak dan ianya mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

Jika diperhatikan, tablet jarang melebihi g, dan model kecil pula seberat g.

Dibandingkan pula dengan komputer riba berskrin kecil, beratnya adalah 1 kg ke atas.

Jika komputer desktop anda hanya boleh gunakannya di rumah sahaja. Jadi dari segi berat, anda boleh tahu yang mana sesuai untuk anda.

Tempoh operasi peranti juga agak berbeza bagi kedua-duanya. Tablet kebiasaanya mampu untuk bertahan sehingga jam bagi sekali cas.

Bagi komputer dekstop, selagi ia disambungkan pada tenaga elektrik, selagi itu anda boleh menggunakannya.

Jika komputer riba, kebiasannya mampu bertahan 4-5 jam bagi sekali cas.

Jika anda mahukan sesuatu yang pantas untuk diakses, tentunya anda akan memilih tablet kerana ianya sama juga seperti smartphone yang sentiasa dalam mode standby.

Bagi komputer pula, anda perlu untuk membukanya terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya.

Namun, sekiranya anda mahu melakukan pelbagai tugas yang kompleks seperti menggunakan Microsoft Excel atau graphic design, tentunya anda mahu mendapatkan sebuah komputer yang berkualiti yang mampu melakukan tugas ini.

Biarpun tablet kini hadir dengan kelengkapan seperti papan kekunci bagi menggantikan tugas komputer, cara ia beroperasi tidak sama dengan cara sebuah komputer beroperasi.

Jadi, pastikan anda tahu tujuan anda membeli tablet ataupun komputer dan pastikan beli peranti yang berkualiti.

Artikel Berkaitan