Apa Itu SnR Dan Cara Mudah Guna Support Dan Resistance

Back to: Belajar Forex Trading(Forex Simple Course)

Support dan resistance ataupun SnR untuk pendek mungkin antara cara teknikal analisa yang paling mudah dan wajib untuk diketahui sebagai trader.

Support & Resistance ini antara cara analisa yang paling kerap digunakan oleh trader dan ianya adalah sesuatau teknik yang asas untuk trader.

Level support and resistance ini berlaku apabila harga ada mula membuat perubahan arah pada sesuatu level tertentu.

Disebabkan ramai trader melihat level yang sama ianya dijangkakan market akan beri riaksi apabila harga kembali semula ke level tersebut.

Lagi ramai trader melihat benda yang sama lagi tinggi kemungkinan harga akan bertindak balas di level itu, cara inilah terhasilnya konsep level support dan resistance.

Anda boleh anggap SnR ini sebagai lantai dan sliling.

Lantai(support) adalah dimana market kemunkinan akan melompat kerana pembeli(buyer) lebih banyak dari seller.

Siling(resistance) adalah dimana kemunkinan market akan mula turun kerana bilanggan penjual(seller) lagi ramai berbanding pembeli.

Ciri-ciri Support dan Resistance
Ok sekarang anda sudah tahu apa itu support dan resistance, mari kita lihat apakah ciri-ciri level SnR pula, macam mana kita nak tahu dimanakah level SnR.

Terdapat dua ciri-ciri SnR:

1) Price bounce

Apabila harga ada bounce atau melantun di satu paras level dan berubah arah.

2) Price hold

Dimana harga telah bertahan di satu level itu untuk jangka masa yang lama.

Sekarang mari kita lihat contoh di chart pula.

Bulat oren yang saya tandakan itu menunjukan yang harga ada membuat lantunan atau berubah arah di level tersebut, dan bulat biru pula tunjuk bahawa setiap kali harga kembali ke level itu ianya bertahan sebagai level support.

Bulat oren tunjuk yang harga telah bertahan di paras itu agak lama sebelum market mula buat penurunan. Kemudian setiap kali harga kembali ke level itu ia bertahan sebagai resistance.

Time frame mana boleh guna SnR
Support dan resistance ada di semua time frame sama ada 1 minit, 5 minit, 1 hour, daily, dan seterusnya.

Apa yang anda perlu ingat adalah lagi besar time frame, lagi penting level support dan resistance itu.

Contoh level SnR di time frame 1 hour tidak penting di time frame daily. Tetapi level SnR di time frame daily penting untuk time frame 1 hour.

Cara marking level support dan resistance
Di manakah sepatutnya kita letak line support dan juga resistance kita?

Ramai trader yang tertanya-tanya soalan ini “di mana sepatutnya saya letak line garisan SnR di body atau shadow candle?”.

Jawapan kepada soalan ini adalah ianya terpulang, sebab sesetengah trader suka letak line SnR mereka di body candlestick, ada juga yang suka letak di tail ataupun shadow candlestick, dan ada juga yang letak di kedua-dua nya sekali.

Jom kita lihat contoh di chart.

Anak panah biru tunjuk ada price bounce dan disitu kita mula tanda line SnR kita pada body candle tersebut, dan bulat oren menunjukan yang harga menghormati level itu sebagai support.

Arrow biru tunjuk dimana kita tanda line SnR kita di shadow candlestick, dan bulat oren menunjukan yang market telah hormat level tersebut sebagai resistance.

Ok ini contoh kalau kita tandakan area SnR kita di body dan juga di shadow candlestick.

Arrow biru tunjuk dimana kita tanda line SnR, dan bulat oren tunjuk yang harga telah berjaya bertahan di level tersebut.

Jadi yang mana yang lebih ok?
Kalau pendapat saya, letak line SnR di body dan shadow lagi bagus kerana support dan resistance bukanlah terdiri hanya dengan satu line itu sahaja ianya dalam “area” tersebut.

Ini di sebabkan chart setiap trader adalah berbeza bergantung kepada broker yang mereka gunakan.

Jadi pendapat saya letakan level SnR kita di body dan shadow candlestick adalah cara paling bagus.

Support dan Resistance Breakout
Market tidak akan sentiasa menghormati level SnR dari masa ke semasa anda akan nampak market tembus level SnR, bila situasi ini berlaku ianya dipanggil sebagai “SnR Breakout“.

Apabila breakout ini berlaku line support dan resistance itu akan bertukar.

Maksud bertukar itu apabila market break level support, level support itu akan bertukar menjadi level resistance.

Sama juga untuk resistance apabila breakout berlaku di resistance, level tersebut akan bertukar menjadi support.

Dalam contoh ini arrow biru tunjuk dimana kita mula tanda area resistance, arrow merah tunjuk yang level itu bertahan sebagai resistance apa bila harga sampai ke level itu semula.

Tetapi kemudian berlakunya breakout dan bila price kembali ke level itu semula ia telah berubah menjadi support(Arrow Hijau).

False Breakout

Market biasanya akan kembali ke level SnR untuk retest level itu.

Hanya dua benda sahaja boleh berlaku apabila harga kembali ke level SnR, sama ada harga dapat bertahan di level SnR ataupun berlakunya breakout.

Sering kali anda akan nampak harga sedang tembus di kawasan SnR tetapi harga hanya ingin “cuba” level support atau resistance tersebut.

Kalau kita lihat dengan menggunakan candlestick chart, price retest biasanya akan tinggal sebagai shadow.

Gambar di atas tunjuk yang harga berada berdekatan dengan resistance.

Kemudian harga bergerak keluar melebihi dari level resistance, ketika ini kebanyakan trader akan fikir yang brakout telah berlaku, tapi kemudian harga turun semula meninggalkan shadow dan close di bawah level resistance itu semula.

Jadi untuk breakout berlaku kita perlu tunggu sehingga candlestick untuk close melebihi area support dan resistance.

SnR dan Candlestick Pattern
Ingat lagi tak yang saya katakan di topic candlestick pattern kita tidak sepatutnya hanya trade dengan candlestick pattern sahaja tetapi gabungkan dengan teknik teknikal analisa yang lain seperti support dan resistance.

Jadi saya akan tunjuk contoh untuk kita gabungkan candlestick pattern bersama dengan level SnR.

Cara dia mudah sahaja selepas kita sudah mengenal pasti level support dan resistance, kita hanya perlu tunggu sehingga candlestick pattern berlaku di area SnR tersebut.

Kalau anda lihat gambar di atas market sudah break support dan level tersebut telah menjadi sebagai kawasan resistance, kemudian bila harga kembali ke level tersebut ada berlakunya candlestick pattern shooting star bukan sekali tetapi dua kali pattern itu berlaku yang menunjukan sebagai signal bearish.Contoh untuk bullish pula. Gambar di atas menunjukan bahawa market sedang berada di level support.

Kemudian berlakunya candlestick pattern three inside up di support yang menunjukan signal bullish ataupun buy.

Jika candlestick pattern berlaku di level SnR ianya tidak bermakna market akan berubah arah, kadang-kadang anda akan terjumpa candlestick pattern yang berlaku di kawasan SnR tetapi market tetap teruskan perjalanannya.

Strategy ini tidak sempurna, tetapi dengan gabungkan support dan resistance dengan candlestick pattern kita dapat kurangkan false signal daripada hanya trade berdasarkan candlestick pattern sahaja.