Kelemahan Support And Resistance Forex

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH saya mulakan post. Hari ini aku nak catat perjalanan kisah aku dengan support and resistance. Aku tau, semua orang kena amik tau pasal SnR ni bila trade forex. Sebab support and resistance ni benda yang basic kena trader tau. Sama lah halnya dengan candlestick berasaskan kepada prinsip OHLC nya. Jadi, aku teringin untuk titipkan apakah kelemahan SnR semasa trading dan mungkin kita semua boleh pelajari sesuatu.

Apa Itu Support and Resistance di dalam Forex

Support bermaksud harga lantai ataupun harga sokongan manakala resistance bermaksud harga bumbung ataupun harga rintangan. Support menunjukkan harga terendah dalam sesuatu range harga manakala resistance menunjukkan harga tertinggi sesuatu range harga. Cara untuk melukis support and resistance dalam forex pn mudah, iaitu cuma mengambil mana-mana turning point dan letakkan horizontal line kemudian menunggu sama ada price ingin break ataupun bounce. Kebiasaannya apabila price terkena pada Support, trader akan intai untuk Buy sahaja manakala jika terkena pada resistance, trader akan fokus untuk Sell.

Kelemahan Support and Resistance

Seterusnya aku akan terangkan pula apakah kelemahan SnR itu sendiri ketika kita sendiri trading dan bagi orang yang dah lama mungkin dah biasa mengalaminya. Pertma adalah support and resistance bersifat intuitive. Intuitive bermaksud seseorang trader yang melukis SnR tidak akan sama dengan SnR trader yang lain. Apabila ia terjadi begini, ia menunjukkan SnR memerlukan daya imaginasi seorang trader untuk melukis SnR. Keburukan apabila terjadi seperti kelemahan diatas adalah trader akan konfius dan mungkin entry dia terkena SL sekiranya SnR itu terlalu tinggi atau rendah.

Kedua, Support and Resistance hanya sesuai untuk range trading. Ketika price sedang ranging, SnR adalah tool yang paling selamat untuk digunakan. Manakala sekiranya price dalam keadaan trending, maka kebiasannya SnR akan makan SL. Kenapa? Since SnR lebih kepada bounce trading daripada breakout trading, price akan menunjukkan pattern reversal dikawasan SnR dan trader percaya signal telah keluar walaupun secara fundamentalnya price sedang bergerak laju ke satu arah.

Ketiga, Support and Resistance sentiasa melawan arah price. Bayangkan sewaktu price sedang bergerak laju ke satu arah, kebiasannya trader akan mencari reversal dikawasan SnR ini. Trader yang menggunakan SnR ini merupakan orang yang bersifat contrarian dan dia menikmati pips yang lebih banyak untuk TP dan SL yang sedikit untuk Loss namun dia juga akan suffer price sentiasa hit SL. SnR sentiasa mencari the highest or the lowest point, namun sepanjang pengalaman aku trading, there is no highest or lowest. Kalau market nak pecahkan 100 High yang aku rasa valid, dia boleh buat.

Terakhir, support and resistance kadang kadang membuatkan kita konfius. Mekanik untuk menanda support and resistance ini adalah dengan setiap persilangan atau uturn yang dilakukan oleh market. Maka kawasan u turn tersebut akan ditanda dengan garisan horizontal. Namun apabila berlaku terlalu banyak turning point, kepada trader baru, mereka akan mark semua kawasan ini dan membuatkan SnR mula bertindih-tindih dan newbie akan keliru yang mana satukah SnR yang terbaik untuk mereka pilih.

Kesimpulannya, setiap teknik ada kelemahan masing-masing. Apa yang aku nampak SnR ini bagus untuk range trading dan bila kita bercakap pasal range trading, aku boleh terus tap info yang aku harus memilih major pair sebab pair ini tend untuk project and retrace. Plus SnR ini bagus untuk price target for TP sebab SnR mencari the highest or the lowest. Dengan menggunakan konsep risk and reward benda ini boleh diaplikasikan. Sekiranya RR tak best, trader boleh pilih untuk hold the trigger.

Alhamdulillah, terima kasih atas ilmu ini.

Post sebelum ini : Cara Teknikal Analisis

ALLAHU MUSTA AN

ALLAHU MUSTA AN

ALLAHU MUSTA AN

Aku pedagang jawa