Kenali 5 Jenis Chart Utama Technical Analysis

Analisis Teknikal adalah merupakan kajian berasaskan pergerakan harga saham. Dan terdapat 5 jenis chart utama iaitu line chart, bar chart, candlestick chart, point & figure chart dan market profile chart.

Sebelum kita pergi lebih jauh, sudi kiranya kita recap balik apa itu Technical Analysis.

Apa Itu Technical Analysis?
Secara ringkasnya, Technical Analysis bermaksud mengkaji pergerakan saham dengan memberi keutamaan kepada harga saham dan jumlah dagangan (price & volume) dengan menggunakan carta, bagi menjangka pergerakan harga dan trend.

Trend pula bermaksud hala tuju saham, dan ada 3 trend iaitu Uptrend (pergerakan menaik saham), Downtrend (pergerakan menurun saham) dan Sideways (pergerakan mendatar saham). Kebiasaannya ia akan bergerak secara zig-zag.

Biasanya kita gunakan Technical Analysis bagi menentukan masa yang sesuai untuk jual beli saham.

Jom Berkenalan Dengan 5 Chart Utama
Berikut pula diterangkan secara umum untuk setiap jenis chart ini, dan anda boleh tentukan kemudian chart mana yang sesuai dengan jiwa anda untuk digunapakai dalam membantu anda untuk membuat kajian saham.

1. Line Chart

Sumber: Tax Guru

Merupakan chart paling asas dan mudah untuk diguna pakai. Turut dikenali sebagai ‘close only chart’ kerana menggunakan harga penutup untuk diplotkan pada carta. Paksi-x akan menunjukkan sela masa manakala paksi-y menunjukkan harga saham.

Kelebihan chart ini ialah ia senang dibaca kerana graf berbentuk garis dan senang mengenalpasti trend line serta support & resistance. Kelemahannya pula ialah maklumat tidak menyeluruh kerana tidak memasukkan harga tertinggi dan terendah saham.

2. Bar Chart
Merupakan antara carta yang sering digunapakai oleh chartist sebelum candlestick chart diperkenalkan. Memaparkan ‘range’ harga terendah dan tertinggi saham dalam satu garis menegak. Bagi satu-satu garisan tersebut akan menunjukkan harga pembukaan, tertinggi, terendah dan penutup pada hari tersebut.

Terdapat satu garisan kecil melintang menghala ke kiri menunjukkan harga pembukaan dan garis kecil melintang menghala ke kanan pula menunjukkan harga penutup saham. Keadaan bullish ketika harga penutup lebih tinggi dari harga pembukaan, manakala bearish sebaliknya.

Kelebihannya dapat menunjukkan trend reversal pattern apabila menggabungkan dua atau tiga bar chart. Ia termasuk key reversal, inside bar and outside bar. Key reversal bermaksud ‘turnaround’ iaitu pembalikan sentimen.

Contoh downside key reversal apabila H2>H1, L2

Contoh upside key reversal apabila H2>H1, L2H1

3. Candlestick Chart
Berasal dari Jepun dan digunakan oleh para pedagang disana untuk menganalisis pergerakan harga beras seawal abad ke-16. Namun kaedah ini dipopularkan oleh Steve Nison apabila beliau mula memperkenalkannya secara meluas untuk digunakan oleh pedagang saham dan forex.

Sesebuah candlestick terdapat harga pembukaan, harga tertinggi, harga terendah, dan harga penutup. Bullish candle apabila harga penutup lebih tinggi daripada harga buka dan bearish candle pula sebaliknya.

Candlestick amat popular dalam kalangan trader kerana ia merupakan leading indicator dan dapat menunjukkan pergerakan harga saham seterusnya meramal price direction sama ada akan mengalami ‘continuation’ atau ‘reversal’.

4. Point and Figure

Sumber: Incredible Charts

Point and figure chart berbeza dari line & bar chart kerana tidak mempunyai paksi x dan y. Chart hanya menunjukkan harga saham semata-mata. Carta ini agak rumit kerana ia memerlukan maklumat harga untuk setiap urusniaga yang berlaku dalam sehari.

Selalunya tanda ‘X’ digunakan untuk menunjukkan pergerakan harga menaik manakala tanda ‘O’ menunjukkan penurunan harga.

Signal membeli saham apabila tanda ‘X’ pada kolum yang terakhir berada pada tahap yang lebih tinggi daripada tanda ‘X’ pada kolum sebelum ini.

Sebaliknya signal penjualan terhasil apabila tanda ‘O’ pada kolum yang terakhir berada pada tahap yang lebih rendah daripada tanda ‘O’ pada kolum yang sebelumnya.

5. Market Profile
Dicipta oleh J Peter Steidlmayer pada tahun 1980an, seorang pit-trader berpengalaman di Chicago Board of Trade.

Market profile menunjukkan harga saham pada paksi menegak, manakala volume ditunjukkan pada paksi melintang. Time frame pula ditunjukkan melalui perkataan atau warna. Melalui taburan data yang diperolehi, anda akan dapat melihat akan terbentuk chart seperti bell-curve.

Praktis, Praktis Dan Praktis Lagi
Percayalah, ia mengambil masa yang agak lama untuk mahir dalam kajian mana-mana pun chart yang anda pilih. Ada yang makan bertahun lamanya. Sebab itu kita janganlah kita berputus asa dan terus lakukan yang terbaik.