KOD KURSUS MIF

SYARIKAT MUDHARABAH (SAHAM AL IKHLAS)
NAMA PENSYARAH:
USTAZAH NOOR WANI BT ABAS
AHLI KUMPULAN:
1) NOR ATIKA BT NORMAN
2) WAN NUR ANIS SYARIENA BT WAN RAHIM
ISI KANDUNGAN
NO
.
PERKARA MUKA SURAT
1. PENDAHULUAN
 Pengenalan saham al ikhlas
 Senarai produk saham al ikhlas
1-
2. CIRI-CIRI PRODUK SAHAM AL IKHLAS
 Keadilan dan perlindungan daripada risiko
tinggi
 Jaminan keselamatan dari krisis bebas riba,
risiko kerugian, mudharabah risiko tinggi
 Kos pelaburan tetap berdasarkan kontrak
 Penalti yang lebih rendah berbanding
konvensional
3-
3. KESIMPULAN
13
4. RUJUKAN
14
perniagaan yang halal dari segi produk, perniagaan yang haram contohnya seperti perniagaan arak,dadah dan perhotelan adalah tidak layak untuk memohon dana. Perniagaan yang berunsur ketidakpastian dan syarikat yang telah disenarai hitamkan dari agensi dana urusniaga yang lain akan hilang kelayakan bagi memohon dana perniagaan dari syarikat al ikhlas berhad. Keuntungan dari dana perniagaan yang diberikan pada para pengusaha akan disalurkan kepada pemegang saham al ikhlas mengikut pengiraan Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (Sen Seunit) dan bonus yang akan ditentukan pada awal kontrak jual beli saham.

Harga saham seunit adalah satu ringgit Malaysia, pelaburan permulaan minima adalah dari serendah lima ringgit Malaysia dan pelaburan maksima adalah dari dua ratus ribu ringgit Malaysia. Bagi semua jenis pelaburan di saham al ikhlas tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan seperti caj jualan balik atau caj jualan. Pembayaran jualan balik adalah secara serta merta. Kadar pengagihan pendapatan dan keuntungan akan diberikan 2 kali setiap tahun iaitu pada 31 jun dan 31 disember. Dan pada setiap tahun cabutan bertuah pakej umrah percuma akan diberikan kepada 10 orang pelabur yang bertuah. Data menunjukkan bahawa pelabur yang melabur didalam saham al-ikhlas bukan sahaja terdiri daripada muslim tetapi mereka yang berlainan agama turut membeli saham dan menjadi pelabur dan menyimpan wang didalam saham al-ikhlas. Konsep utama yang digunakan didalam saham al ikhlas adalah konsep mudharabah, konsep al-qard.

Selain dari prestasi saham al ikhlas yang stabil dalam bursa saham Malaysia, saham al ikhlas juga terkenal dengan pelaburan bebas caj tambahan dan harga saham serendah satu ringgit Malaysia. Saham al ikhlas juga mempunyai aplikasi pelaburan yang tinggi dengan tahap sekuriti bagi memudahkan transaksi jualan saham secara atas talian. Saham al ikhlas mementingkan pematuhan Syariah dari segi jual beli saham dan juga khidmat layanan pelanggan. Perilaku dan akhlak mulia adalah salah satu kriteria pekerja yang bekerja dibawah saham al ikhlas. Bagi akaun remaja terdapat beberapa kelebihan pada remaja yang membuka akaun simpan al ikhlas-I atau akaun pelaburan al ikhlas-I ini kerana remaja yang berminat untuk menyambung pelajaran layak memohon pinjaman pelajaran dari syarikat al ikhlas dan dapat 5% diskaun semasa pembayaran balik,remaja yang mempunyai akaun simpanan atau pelaburan juga boleh membuat pembayaran semula melalui pemotongan dana dalam akaun saham al ikhlas berdasarkan kontrak berasingan.

CIRI-CIRI & KELEBIHAN PRODUK SAHAM AL-IKHLAS
Produk saham al-ikhlas merupakan pelaburan jangka masa pendek yang patuh syariah ke dalam mata wang pilihan dan mata wang alternatif. Ianya patuh syariah kerana mematuhi prinsip mudarabah iaitu kos tambah menerusi persetujuan tawarruq dan al- qard. Matlamat produk saham al-ikhlas adalah untuk memberikan pulangan yang stabil dan konsisten mengikut jarak masa pelaburan yang telah dipersetujui melalui aktiviti pelaburan yang berisiko rendah atau sederhana yang disasarkan untuk memberikan pulangan yang lebih tinggi daripada akaun berjangka deposit biasa. Terdapat pelbagai ciri dan kelebihan produk saham al-ikhlas (Al-ikhlas pelaburan-I & Al-Ikhlas simpanan-I )

Antara ciri dan kelebihan produk saham al-ikhlas ( Al-ikhlas pelaburan-I & Al-Ikhlas simpanan-I ) adalah pelaburan patuh syariah yang menjamin pulangan yang tinggi. Dividen yang besar akan diberikan oleh syarikat saham al-ikhlas kepada pelabur yang melabur lebih dari setahun. Seterusnya, tempoh pelaburan dalam jangka masa pendek iaitu antara 1 minggu ke 2 bulan. Selain itu, kadar keuntungan yang dipertingkatkan adalah mencapai sehingga dua digit. Saham al-ikhlas juga menyediakan pelbagai pilihan pasangan mata wang. Apabila matang, jumlah pelaburan dan keuntungan boleh dibayar ke dalam Mata Wang Asas atau Mata Wang Alternatif. Ia juga boleh disesuaikan dengan memiilih pasangan mata wang, tempoh dan kadar keuntungan berdasarkan keperluan pelaburan dan risiko. Yuran, caj tersembunyi, serta pertambahan nilai tidak dikenakan serta mempunyai pelbagai portfolio pelaburan. Apa yang lebih menarik tentang saham al-ikhlas adalah menawarkan hibah haji & umrah kepada sepuluh pelabur yang bertuah setiap tahun.

Saham al-ikhlas turut menyediakan aplikasi ‘”My-Ikhlas” yang dapat dimuat turun dalam apa sahaja peranti. Dimana ia dapat memudahkan urusan pelanggan dengan mengakses secara online. Selain itu, seperti yang sedia maklum produk saham al- ikhlas ini merupakan pelaburan yang patuh syariah dimana tidak melabur dalam perkara haram termasuklah perjudian, arak, hiburan tidak patuh syariah dan juga tiada unsur riba.

KEADILAN DAN PERLINDUNGAN DARIPADA RISIKO TINGGI
Pelaburan Berisiko Tinggi adalah pelaburan di mana tahap risikonya tinggi dan ada kemungkinan besar pelabur dapat kehilangan sejumlah besar / jumlah yang dilaburkan. Dalam Pelaburan Berisiko Tinggi, kemungkinan prestasi rendah adalah lebih tinggi daripada yang biasa. Pelaburan tersebut hendaklah dilakukan oleh pelabur yang mempunyai selera berisiko tinggi. Terdapat ramai golongan remaja yang terlibat dengan pelaburan berisiko tinggi pada masa kini. Ianya melibatkan unsur riba, gharar, maisir, dan termasuk juga pelaburan yang melaburkan dana yang melanggar syariah islam contohnya forex.

Secara umumnya Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah mengeluarkan hukum keatas pelaburan forex pada Februari 2012 iaitu perdagangan Forex atau trading Forex sendiri adalah diharamkan kerana tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan mengikut syariat. Hujahnya adalah Perdagangan pertukaran matawang asing yakni Forex yang dilakukan secara individu melalui platform elektronik adalah HARAM kerana bercanggah dengan kehendak syariat. Malah ia juga tidak sah disisi undang-undang Malaysia. Namun pelabur yang melabur atau membuka akaun saham al ikhlas adalah diyakini bebas dari unsur ribs,gharar dan maisir serta perkara-perkara haram dalam pelaburan.

Antara risiko yang wujud dalam forex adalah faedahnya, setiap senaga yang mempunyai kadar faedah yang tinggi akan menguatkan lagi matawang negara tersebut. Secara langsung ia memberikan impak yang besar kepada pasaran Forex itu sendiri. Seterusnya, boleh dikatakan hampir 80% iklan atas talian berkenaan forex adalah scam atau penipuan. Industri ini menjadi pilihan scammer kerana ianya besar dan ramai yang ghairah untuk mengaut keuntungan sehingga terpedaya dengan janji manis scam. Sebaliknya, dalam saham al-ikhlas, tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan. Saham al-ikhlas juga merupakan sebuah syarikat pelaburan yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam.

Majoriti pakar pelaburan di Malaysia turut memberikan nasihat dan juga peringatan agar mempelajari ilmu pelaburan setidaknya asas dalam ilmu pelaburan supaya para pelabur tidak tersalah langkah dalam melabur wang mereka di samping dapat merebut peluang melabur duit ataupun saham pada syarikat yang berpotensi tinggi dan sebagainya. Ini antara apa yang dikatakan oleh pakar-pakar pelaburan seperti Tuan Haji Mohd Asri Ahmad, Warren Buffet dan ramai lagi. Disebabkan itu, adanya usaha-usaha yang dilakukan oleh syarikat al-ikhlas dengan mewujudkan kelas, seminar, laman web, perkongsian melalui media sosial dan pelbagai lagi medium digunakan bagi mendidik orang awam dalam memahami dan juga mengetahui selok-belok dunia pelaburan.

Selain itu, jika dilihat dari satu sudut, forex adalah sangat dekat dengan unsur perjudian dimana pemainnya akan meletakkan wang sebagai modal dan meletakan harapan atau nasib sama ada ianya akan memberi keuntungan atau kerugian. Namun dalam perdagangan Forex sendiri, apabila seseorang memulakan dagangan keatas forex, umum sedia maklum bahawa trader tersebut membuat ramalan melalui analisa pasaran dan juga keadaan semasa kewangan, isu semasa, keadaan politik dan lain-lain.

Menurut firman Allah SWT mengenai perjudian di dalam kitab suci al-Quran:

انَِثوَْ الْ مِنَ سَجْوا الرِ ُنِبَتاجَْف

“maka jauhilah olehmu berhala-berhala yang najis itu” (QS. Al Hajj: 30).

Dan terkadang Allah menyebutnya dengan rujz.

رْجُاهَْ فزَجْالرّ و “dan perbuatan dosa tinggalkanlah” (QS. Al Mudatsir: 5).َ

Seterusnya, pulangan kebiasaannya diberikan dalam bentuk dividen atau faedah tetap. Manakala bagi hasil pelaburan saham al-ikhlas adalah secara peratusan dalam membahagikan untung dan rugi pelaburan tersebut mengikut kepada jumlah dana yang dilaburkan. Pelaburan saham al-ikhlas semestinya tidak terlibat dengan aktiviti atau perkara yang dilarang oleh Syariah seperti unsur riba’, gharar, maisir dan seumpamanya. Sebaliknya, dalam pelaburan konvensional ataupun forex yang berisiko tinggi ini, tiada syarat yang dikenakan bagi memastikan segala aktiviti dan sumber dana adalah bertepatan dengan Syariah. Untuk solusi ini, kita mesti mengikut syarat-syarat umum jual beli yang telah ditetapkan oleh Islam. Allah berfirman:

‘Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.’ (An-nisa’: 29)

Kesemua akaun perdagangan dalam pelaburan saham al-ikhlas adalah berdaftar dan telah disenaraikan di Bursa Malaysia serta mendapat kelulusan patuh Syariah daripada Majlis Penasihat Syariah (MPS). Manakala bagi pelaburan konvensional, ia tidak mempunyai kelulusan patuh Syariah daripada MPS. Jelaslah bahawa produk yang disediakan oleh syarikat saham al-ikhlas adalah berteraskan keadilan dan terlindung daripada risiko yang tinggi.

Konklusinya, sebagai seorang Muslim, tidak salah untuk terlibat dalam aktiviti yang mendatangkan keuntungan seperti pelaburan. Namun, kita perlu berhati-hati dalam melabur supaya aktiviti pelaburan yang dilakukan sentiasa mematuhi Syariah dan terhindar daripada aktiviti atau unsur-unsur yang diharamkan dalam Islam.

1. Dana pelaburan saham al-ikhlas patuh syariah

Sebagai pelabur yang beragama Islam perlu memastikan dana yang mahu dilaburkan itu patuh syariah. Ini bagi memastikan pulangan daripada pelaburan tersebut adalah halal. Elak daripada melabur ke dalam pelaburan dana konvensional yang mempunyai unsur-unsur riba, judi atau ketidakpastian. Biar pulangan diterima sedikit asalkan berkat, itu adalah lebih utama daripada mencari keuntungan yang tinggi tetapi melalui jalan yang tidak halal. Namun dengan saham al ikhlas, pulangan bukan sahaja lebih dari kos pelaburan tetapi risiko kerugian adalah sangat rendah berbanding akaun pelaburan yang lain.

1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti

Dalam dunia serba moden kini, terlalu banyak pilihan pelaburan yang ada di depan mata. Untuk itu, pelabur harus mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan syarikat saham yang hendak dilaburkan itu telah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) contohnya seperti saham al-ikhlas.

Ini kerana semua produk saham al-ikhlas telah didaftarkan dengan SC, iaitu sebuah badan berautoriti yang mengawal selia semua jenis pelaburan di Malaysia. Semakan ini perlu kerana mengikut data yang dikeluarkan oleh Bank Negara, seramai 974, individu telah kerugian RM3 bilion oleh skim-skim penipuan yang banyak terdapat di Malaysia.

Para pelabur boleh melakukan semakan dengan menghubungi pihak SC di talian dan minta untuk disambungkan kepada Jabatan Tabung Amanah dan Pengurusan Pelaburan atau layari laman web SC di sc.com. Bagi membuat pemastian terlebih dahulu tentang akaun pelaburan yang ingin dibeli. Saham al-ikhlas sememangnya berdaftar dan dipercayai oleh para pelabur bukan sahaja yang beragama islam malah mereka yang beragama dan berbeza etnik. Akaun pelaburan-I dan akaun simpanan-I saham al ikhlas sememangnya merupakan satu revolusi yang terkini bagi para pelabur yang ingin mencari pelaburan yang seratus peratus mengikut syariah islam.

KOS PELABURAN TETAP BERDASARKAN KONTRAK
Kos pelaburan di dalam saham al ikhlas adalah merupakan kos yang tetap dan jelas contoh jumlah pembayaran maksima dipersetujui dahulu semasa akad perjanjian antara rabbul mal (pelabur/ penyedia modal) dan mudarib (usahawan/saham al ikhlas) yang telah dilakukan pada awal kontrak. Bagi mengelakkan dari unsur kadar tambahan dan faedah dalam urusniaga pelaburan saham, saham al ikhlas telah mewujudkan borang dan surat perjanjian yang akan ditandatangani diawal kontrak jual beli saham. Untung dan kadar pengagihan pendapatan seunit akan diberikan kepada pelabur mengikut peratus untung rugi yang telah ditentukan pada awal kontrak, saham al ikhlas tidak akan bergantung pada BLR atau BR kadar pinjaman asas, Kadar Asas (BR) ialah kadar faedah yang dirujuk oleh bank sebelum memutuskan kadar faedah yang akan dikenakan untuk pinjaman perumahan anda. Sebelum tahun 2015, kadar faedah tersebut dikenali sebagai Kadar Pinjaman Asas (BLR). Saham al ikhlas tidak menggunakan BLR di dalam pelaburan kerana apabila nilai matawang negara mengalami kadar susut turun dan naik yang tidak stabil ianya akan memberi kesan kenaikkan harga pada saham pelaburan, bagi menjaga ketelusan dalam kontrak murabahah pelaburan, saham al ikhlas juga mempunyai khidmat penasihat Syariah yang terdiri dari mereka yang berkelulusan didalam bidang Syariah muamalat bagi memantau aktiviti dan menjadi penasihat Syariah kepada pengurus dana syarikat al ikhlas. Bagi mengelakkan penutupan akaun pelaburan saham al ikhlas para pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan al ikhlas pelaburan-I dan al ikhlas simpanan-I bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada. Kadar pengagihan bagi pemegang unit al ikhlas simpanan-I yang melabur sebanyak sepuluh ribu ringgit Malaysia adalah sebanyak 10 sen seunit dan bagi mereka yang membuka akaun al ikhlas pelaburan-I kadar keuntungan akan diberikan berdasarkan tempoh matang pelaburan dan jumlah yang dipersetujui diawal kontrak pelaburan. Dalam surat Ali Imran Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman:

ونَ لِحُفُْ تمْكَُلعََ لَوا الَ ُقَات وَةًَفاعَضَُا مًافعَضَْا أَبوا الرِ ُلكُْأَوا ل تُن آمَ ذِينَ َا الهَّيَا أَي

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan Riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan.” (QS. Ali Imraan: 130)

Ayat di atas mejelaskan bahwa riba diharamkan kerana dikaitkan dengan suatu tambahan yang berlipat ganda. para ahli tafsir berpendapat bahwa pengambilan bunga dengan tingkat yang cukup tinggi merupakan fenomena yang banyak di praktikkan pada masa tersebut.

Berbeza dari bank konvensional, saham al ikhlas tidak mengenakan caj faedah terhadap pelabur sebaliknya istilah yang digunakan adalah keuntungan dan ialah adalah lebih rendah dari yang dikenakan oleh saham konvensional.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, terdapat banyak pelaburan di Malaysia yang patuh syariah, tetapi yang tidak patuh syariah juga banyak. Jadi, berhati-hati semasa melabur. Selain daripada pihak scammer, pelaburan yang haram juga perlu untuk dihindari. Selain itu, setiap umat Islam perlu berusaha dalam membina kekayaan dunia bagi menjamin kehidupan di dunia tanpa melupakan bekalan untuk akhirat mereka. Ini kerana kekayaan dunia juga boleh dijadikan sebagai satu modal dan saham untuk kehidupan akhirat bagi mereka yang bijak menggunakannya. Ini berdasarkan kepada satu kata-kata Imam al- Syafie’:

من أراد الدنيا فعليه بالعلم، ومن أراد الآ∮رة فعليه بالعلم
Maksudnya: “Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa yang menginginkan keduanya, maka hendaklah dengan ilmu.” [Lihat Manaqib al- Syafie’, 2/139]

Ilmu berkaitan pelaburan adalah ilmu yang telah bertapak di Malaysia sejak dulu lagi. Namun begitu, angka dan statistik menunjukkan masih teramat kurang penglibatan dari kalangan rakyat Malaysia khususnya orang Islam dalam bidang tersebut. Perkara ini amatlah merugikan kerana bidang tersebut adalah satu ‘lubuk kekayaan’ yang telah dibuktikan sendiri oleh pemain-pemain pelaburan dunia seperti Warren Buffett dan lain- lain. Justeru, ilmu bidang pelaburan perlu dipelajari oleh orang Islam bagi mengangkat ekonomi umat Islam pada tahap yang lebih tinggi. Tanpa ilmu pelaburan yang betul akan menjadikan mereka ketinggalan dan merugikan daripada pelbagai aspek.

Semoga penjelasan yang diberikan ini memberi gambaran dan pencerahan kepada kita semua untuk terus meningkatkan taraf ekomoni umat Islam kepada yang lebih baik.

RUJUKAN
1) INTERNET
* NurulAida Md Sha’ari (3 September 2021) Perbezaan pelaburan islamik & konvensional. Diperoleh daripada : maqasid/2021/09/03/perbezaan-pelaburan- islamik-dan-konvensional/

* Idham Razak. (27 Jul 2020). Melabur dalam pasaran saham patuh syariah Diperoleh daripada : iproperty.com/guides/kenali-kriteria-saham-patuh-syariah- bursa-malaysia/

* Eza. (30 Mar 2017). 3 Perbezaan perbankan islam dan Perbankan Konvensional.

Diperoleh daripada : majalahlabur/halal-haram/3-perbezaan- perbankan-islam-dan-perbankan-konvensional/

2) BUKU
 Hisham sabri, khairil Faizal Khairi, mohammad yazis ali basah,(2008),penerbit USIM,paradigma etika pelaburan menurut prespektif islam

 Nor akma, 1 januari 2016,penerbit DM, panduan lengkap pelaburan saham

 William j. o’neil,1 januari 1988, penerbitan good read, How to Make Money in Stocks: A Winning System in Good Times or Bad {bagaimana untuk membuat duit dalam stok saham}