Tutorial Bergambar Cara Melukis Support Dan Resistance Menggunakan Trading View

Ketika kita belajar ilmu analisa teknikal, mesti kita pernah diberitahu oleh guru kita untuk memberikan penekanan terhadap support dan resistance di dalam carta saham kajian kita. Support dan resistance ini adalah perkara asas di dalam ilmu analisa teknikal.

Apa Itu Support Dan Resistance?
Support dan resistance ini boleh diibaratkan seperti rumah yang mempunyai lantai (support) dan juga siling (resistance). Apabila kita naik ke tingkat atas rumah kita, siling tingkat pertama tadi akan menjadi support dan resistance seterusnya pula adalah atap rumah kita.

Support merupakan paras di mana wujudnya belian terhadap sesuatu kaunter yang menghalang harga tersebut untuk terus jatuh.

Resistance pula adalah paras di mana wujud pengambilan keuntungan di kalangan pelabur dan menyebabkan harga saham berkenaan gagal untuk meneruskan kenaikan.

Cara untuk melukis support dan resistance ini sebenarnya mudah, tetapi untuk yang masih baru dalam dunia pelaburan, semestinya kita akan rasa sedikit sukar dan tidak pasti sama ada apa yang kita lukis itu adalah betul atau salah.

Artikel kali ini akan menunjukkan tutorial bergambar bagaimana cara untuk melukis support dan resistance dengan betul menggunakan carta di Trading View. Selain daripada Trading View, kita juga boleh menggunakan laman web lain seperti KLSE Screener, Investing.com yang menyediakan perkhidmatan yang sama.

Mari kita mulakan langkah-langkah melukis support dan resistance dengan menggunakan Trading View seperti berikut.

Sumber : Trading View

Selepas kita memilih saham pilihan, kita perlu tekan full-featured chart seperti yang ditunjukan oleh anak panah merah di atas. Selepas menekan butang tersebut, kita akan dibawa ke carta teknikal yang lebih terperinci.

Sumber : Trading View

Selepas kita melihat carta teknikal saham pilihan kita, kita perlu memilih tools di bahagian kiri seperti yang ditunjukkan di atas. Selepas menekan tools, kita akan melihat beberapa pilihan yang ada. Untuk melukis garisan support dan resistance, pilih Horizontal Line.

Sumber : Trading View

Selepas kita memilih horizontal line, kita perlu melihat harga untuk beberapa hari yang terkini bagi menentukan harga tertinggi yang pernah dibuat sebelum harga tersebut jatuh semula selepas gagal untuk meneruskan kenaikan. Harga tertinggi yang pernah dibuat itulah yang dinamakan sebagai paras rintangan atau resistance.

Garisan horizontal tadi kita akan letakkan di paras harga tertinggi yang pernah dibuat sebelum ini. Hanya dengan satu garisan tersebut, garisan resistance kita sudah pun siap. Semakin banyak candlestick yang bersentuhan dengan garisan resistance ini, ini bermakna garisan resistance tersebut adalah kuat.

Gambar di atas adalah contoh garisan resistance sahaja yang bersentuh, ini kerana harga saham ini baru sahaja membuat paras All-Time High.

Namun apabila garisan resistance ini berjaya ditembusi, garisan resistance tersebut akan bertukar menjadi garisan support pula.

Sumber : Trading View

Untuk melukis garisan support pula, kita masih menggunakan horizontal line. Kita perlu mencari harga saham yang sedang jatuh tetapi kejatuhannya itu tidak beterusan dan melantun semula ke atas. Paras di mana harga tersebut melantun naik adalah paras yang dikenali sebagai support.

Support yang kuat adalah apabila lebih banyak candlestick yang bersentuhan dengan garisan support tersebut.

Peringatan : Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Saham yang disebut hanyalah untuk tujuan pendidikan dan bukanlah saranan belian atau jualan. Sebarang tindakan untuk melabur adalah keputusan dan tanggungjawab anda.

Itulah dia tutorial ringkas untuk panduan kita melukis garisan support dan resistance pada carta menggunakan Trading View. Nampak seperti mudah, tetapi ramai pelabur yang gagal kerana tidak mahir melukis garisan support dan resistance ini dengan betul.

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.

Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.

Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham

1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?

Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.

Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.

CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI

1. Pengenalan kepada ‘Price Action’

2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?

3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah

4. Bearish reversal pattern

5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle

6. Candlestick trading setup

7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator

8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI

Sekejap, belum habis lagi…

✅BONUS

1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick

Speaker memang otai, modul pun terbaik.

InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.

Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.

KINI DIBUKA UNTUKPRE-ORDER!

Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:

➡️/candlesticksaham
➡️/candlesticksaham
➡️/candlesticksaham

DISCLAIMER: Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.