Wikipedia Bahasa Melayu Ensiklopedia Bebas

Republik Indonesia (Tulisan Jawi: ريڤوبليک ايندونيسيا) juga disebut Negara Kesatuan Republik Indonesia ataupun Indonesia ialah sebuah negara kepulauan terbesar di dunia [8] yang terletak di antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Indonesia bersempadankan Malaysia di Pulau Borneo, Papua New Guinea di Pulau Papua, dan Timor Leste di Pulau Timor. Negara jiran lain termasuklah Singapura, Filipina, Australia, wilayah India Kepulauan Andaman dan Nicobar, dan Palau. Ibu negara dan pusat pentadbiran Indonesia ialah Jakarta.

Dengan 18,108 pulau, Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di dunia. Dengan anggaran jumlah penduduk seramai 273 juta orang pada 2021,[9] ia merupakan negara keempat paling banyak penduduk dan negara berpenduduk Muslim yang terbesar di dunia. Indonesia merupakan sebuah republik, dengan parlimen dan presiden yang dipilih secara langsung.

Nama (Etimologi)
Nama Indonesia berasal dari kata Yunani iaitu Indos (Ἰνδός) dan nesos (νῆσος), yang berarti “Kepulauan India”. Nama itu berasal dari abad ke-18, jauh sebelum Indonesia merdeka.[12] Pada tahun 1850, George Windsor Earl, seorang ahli etnologi Inggris, mengusulkan istilah Indunesia—dan, preferensinya, orang Melayu—untuk penduduk “Kepulauan India atau Kepulauan Melayu”. Dalam publikasi yang sama, salah satu muridnya, James Richardson Logan, menggunakan Indonesia sebagai sinonim untuk Kepulauan India.[14][15] Namun, akademisi Belanda yang menulis dalam publikasi Hindia Timur enggan menggunakan Indonesia; mereka lebih menyukai Kepulauan Melayu (Belanda: Maleische Archipel); Hindia Belanda (Nederlandsch Oost Indi), populer Indi; Timur (de Oost); dan Insulinde.[16]

Setelah tahun 1900, Indonesia menjadi lebih umum di kalangan akademis di luar Belanda, dan kelompok nasionalis pribumi mengadopsinya untuk ekspresi politik.[16] Adolf Bastian dari Universitas Berlin populer…

Sejarah
Di bawah pengaruh agama Hindu dan Buddha, beberapa kerajaan terbentuk di pulau Sumatera dan Jawa pernah mencapai kejayaannya dengan wilayah meliputi negara Malaysia dan pulau Mindanao semasa Majapahit sejak abad ke-7 hingga abad ke-14. Kedatangan pedagang-pedagang Arab dari Gujarat, India kemudian membawa agama Islam yang akhirnya menjadi agama terbesar.

Ketika orang-orang Eropah datang pada awal abad ke-16, mereka telah menemui beberapa negara kecil. Negara-negara kecil ini dengan mudah dikuasai oleh mereka yang ingin menguasai perdagangan rempah. Pada abad ke-17, Belanda muncul sebagai kuasa yang terkuat di antara negara-negara Eropah, mengalahkan British dan Portugis (kecuali untuk tanah jajahan mereka di Timor Timur). Belanda menguasai Indonesia sebagai tanah jajahan hingga Perang Dunia II, awalnya melalui Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), dan kemudiannya dijajah secara langsung oleh pihak Belanda sejak awal abad ke-19.

Semasa Perang Dunia II, Belanda dijajah oleh Jerman, manakala Jepun menguasai Indonesia. Setelah menawan Indonesia pada tahun 1942, pihak Jepun mendapati bahawa para pejuang Indonesia merupakan rakan perdagangan yang sudi bekerjasama dan bersedia mengerahkan pahlawan bila diperlukan. Soekarno, Mohammad Hatta, KH Mas Mansur, dan Ki Hajar Dewantara kemudiannya diberikan penghargaan oleh Maharaja Jepun pada tahun 1943.

Pada Mac 1945, pihak Jepun membentuk sebuah jawatan kuasa untuk kemerdekaan Indonesia; di bawah tekanan pertubuhan-pertubuhan pemuda, kelompok pimpinan Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia selepas perang Pasifik berakhir pada tahun 1945 Soekarno menjadi Presiden pertama Indonesia dengan Mohammad Hatta sebagai naib presiden. Dalam usaha untuk menguasai kembali Indonesia, Belanda menurunkan angkatan tentera mereka. Usaha-usaha berdarah untuk membendung pergerakan kemerdekaan ini kemudian dikenali sebagai ‘tindakan polis’ (Actie Politioneel). Di bawah tekanan perlawanan rakyat dan tentera Indonesia, Belanda akhirnya menarik tenteranya pada 27 Disember 1949.

Pada tahun 1950-an dan 1960-an, Presiden Soekarno mengikuti gerakan berkecuali pada awalnya dan kemudian dengan blok sosialis, misalnya Republik Rakyat China dan Yugoslavia. Pada masa itu kekuatan ketenteraan Indonesia menjadi terbesar di Asia setelah Republik Rakyat China. Tahun 1960-an menyaksikan konfrontasi tentera terhadap Malaysia, negara jirannya yang dianggap sebagai negara bentukan Britain.

Jeneral Soeharto menjadi presiden pada tahun 1967 dengan alasan untuk mengamankan negara daripada ancaman komunisme terhadap Soekarno yang kini semakin lemah. Setelah Soeharto berkuasa, beratus-ratus ribu warganegara Indonesia yang disyaki memihak kepada komunis telah dibunuh. Tempoh pemerintahan Soeharto selama 32 tahun dinamakan Order Baru, dibandingkan dengan masa pemerintahan Soekarno yang disebut Order Lama.

Soeharto berjaya mendapatkan pelaburan luar negeri yang besar untuk Indonesia, dan menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, meskipun tidak merata, di Indonesia. Pada awal regim Order Baru, strategi ekonomi negara telah dibuat oleh sekelompok ahli ekonomi lulusan Fakulti Ekonomi Universiti California, Berkeley yang digelarkan “Kelompok Berkeley”. Namun, Soeharto menambah kekayaan diri serta keluarganya melalui amalan rasuah yang meluas dan beliau akhirnya dipaksa melepaskan jawatannya setelah tercetusnya tunjuk perasaan secara besar-besaran dan keadaan ekonomi negara yang semakin memburuk pada tahun 1998.

Dari 1998 hingga 2010, Indonesia mempunyai 4 presiden: Baharuddin Jusuf Habibie, Abdurrahman Wahid, Megawati Soekarnoputri dan Susilo Bambang Yudhoyono. Pada tahun 2014, Joko Widodo menjadi presiden Indonesia yang terkini.

Geografi
Indonesia ialah sebuah negara yang mengandungi banyak pulau gunung berapi. Pulau Sangeang Api merupakan satu contoh.

Negara Indonesia terletak di antara:

Indonesia mempunyai 18,018 buah pulau yang tersebar di sekitar garisan khatulistiwa dan beriklim tropika. Hanya sekitar 7,000 buah pulau berpenghuni. Lima pulau yang terbesar ialah Pulau Jawa, Sumatra, Kalimantan, Sulawesi, dan Papua, dengan Pulau Jawa mempunyai setengah daripada jumlah penduduk Indonesia yang merupakan pulau yang terpadat.

Indonesia juga terletak di atas plat tektonik. Ini bermakna bahawa Indonesia sering mengalami gempa bumi dan tsunami. Kedudukan ini juga menyebabkan Indonesia memiliki sekurang-kurang 66 buah gunung berapi, termasuk Gunung Krakatau, sebuah gunung berapi yang paling terkenal di antara Sumatera dan Jawa, tetapi kini sudah hapus.

Flora dan fauna di Indonesia amat berbeza di antara Kalimantan, Bali dan pulau-pulau barat di satu bahagian serta Sulawesi, Lombok, dan pulau-pulau yang lebih timur di bahagian yang lain. Sempadan ekologi ini digelarkan Garis Wallace, sempena nama penemunya. Garis ini sering digunakan sebagai sempadan antara Asia dan Australasia dan oleh itu Indonesia merupakan sebuah negara dwibenua.

Pembahagian Pentadbiran
Provinsi
Indonesia ialah negara yang terluas di Asia Tenggara. Untuk memudahkan pentadbiran, negara ini dibahagikan kepada 34 provinsi (satu Daerah Istimewa (DI), iaitu Daerah Istimewa Yogyakarta, lima daerah dengan autonomi khusus iaitu Papua, Papua Barat, Papua Pegunungan, Papua Selatan dan Papua Utara dan satu daerah autonomi khusus dan istimewa iaitu Aceh serta satu Daerah Khusus Ibu kota (DKI), iaitu Daerah Khusus Ibukota Jakarta Raya. Sebelum era Reformasi, Indonesia hanya memiliki 27 provinsi, dengan Timor Timur merupakan provinsi ke-27 pada Julai 1976. Bagaimanapun, Timor Leste telah pun memisahkan diri melalui pungutan suara menjadi negara Timor Leste pada 20 Mei 2002.

Indonesia sedang menjalankan autonomi untuk setiap negerinya dengan tujuan memberikan peluang pembangunan yang sama rata di seluruh negara. Selain autonomi, pemerintah Indonesia kini sedang menjalankan prinsip pengagihan kuasa pusat untuk negeri-negerinya.

Yang berikut adalah senarai negeri di Indonesia :

Bandar terbesar
Sepuluh bandar terbesar di Indonesia mengikut susunan, adalah seperti berikut :

Demografi
Jumlah penduduk Indonesia mengikut bancian tahun 2018 ialah 265.764.970 juta orang,[10] dan Biro Statistik Pusat Indonesia dan Statistik Indonesia mengganggarkan populasi sebanyak 265.764.970 juta pada 2018.[11]Pembahagian penduduk Indonesia ada dalam dua kelompok. Belahan barat Indonesia sebahagian besar beretnik Melayu dan bahagian timur Indonesia beretnik Papua. Selain itu ada juga penduduk pendatang yang jumlahnya kecil iaitu etnik Cina, India, dan Arab. Sebahagian besar penduduk Indonesia menganut agama Islam (86.70% mengikut banci 2018)[12] dan sisanya penganut agama Kristian (10.72%), Hindu (1.74%), Buddha (0.74%), dan sebagainya.[1]

Taburan penduduk Indonesia tidak serata. Pulau Jawa yang merupakan pusat pemerintahan ialah pulau yang terpadat, dengan setengah daripada jumlah penduduknya. Kenaikan kadar pertumbuhan penduduk Indonesia cukup tinggi. Penduduk Indonesia yang mendiami pulau-pulau di sebelah utara sangat sedikit, berbanding dengan negara-negara berjiran yang besar seperti Jepun, China dan India. Dengan demikian, daerah-daerah Indonesia yang agak kosong beserta kekayaan alamnya berpotensi menjadi sasaran untuk dasar-dasar lebensraum (dasar peluasan kuasa) oleh kuasa-kuasa di sebelah utara tersebut.

Agama di IndonesiaAgamaPeratusIslam86.70%Kristian10.72%Hinduism1.74%Buddha0.77%Lain0.07%(Bancian tahun 2018)[1]Politik
Gedung Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) dan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) di Jakarta ialah gedung parlimen di IndonesiaGaruda Pancasila adalah falsafah dasar negara Indonesia yang berasal daripada dua kata Sanskrit, “panca” yang bererti ‘lima’, dan “sila” yang bererti ‘dasar’. Pancasila terdiri atas kelima-lima dasar yang amat berkait dan yang tidak dapat dipisahkan:

* Kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa
* Kemanusiaan yang Adil dan Beradab
* Perpaduan Indonesia
* Demokrasi yang dibimbing oleh Kebijaksanaan yang berasal daripada Musyawarah/Perwakilan
* Keadilan Sosial bagi Seluruh Rakyat Indonesia

Indonesia mengamalkan sistem demokrasi yang diketuai oleh seorang presiden, dan Pancasila ini merupakan jiwa demokrasi. Demokrasi yang didasarkan atas lima dasar tersebut dinamakan Demokrasi Pancasila.

Presiden Indonesia saat ini adalah Joko Widodo, yang disokong oleh Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP). Majlis Musyawarah Rakyat (MPR) adalah lembaga dwidewan yang terdiri daripada 560 anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) iaitu wakil rakyat yang dipilih melalui parti politik, ditambah 132 anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD) iaitu wakil provinsi yang dipilih melalui pemilihan wilayah.[13] Anggota DPR dan DPD dipilih melalui pilihan raya dan dilantik untuk masa jabatan selama lima tahun. Saat ini MPR diketuai oleh Bambang Soesatyo, DPR oleh Puan Maharani, sedangkan DPD oleh La Nyalla Mattalitti.

Ekonomi
Ekonomi Indonesia mengalami kemerosotan pada akhir dekad 1990-an, akibat Krisis Kewangan Asia yang melanda sebahagian besar Asia pada saat itu. Ekonominya kini telah pulih. Indonesia mempunyai sumber semula jadi yang besar di luar Jawa, termasuk minyak mentah, gas asli, timah, tembaga, dan emas. Negara ini ialah pengeksport gas asli yang kedua terbesar di dunia tetapi akhir-akhir ini, Indonesia telah bermula menjadi pengimport bersih minyak mentah. Hasil pertanian yang utama termasuk beras, teh, kopi, rempah, dan lobak. Rakan-rakan perdagangan Indonesia yang terbesar ialah Jepun, dan Amerika Syarikat, serta negara-negara berjiran, iaitu Malaysia, Singapura, dan Australia. Indonesia merupakan negara yang amat kaya akaan sumber daya alam dan manusia, namun begitu masih terdapat sedikit masalah kemiskinan yang disebabkan kurang tepatnya pengelolaan oleh kerajaan.

Bank pusat Indonesia ialah Bank Indonesia.

Sumber alam
Getah yang pernah dikenali sebagai “emas hitam” di Indonesia merupakan hasil utama pertukaran asing pada masa dahulu, dan kini merupakan pengeluar kedua terbesar selepas Malaysia.Kelapa sawit: Kawasan perladangan kelapa sawit di Indonesia telah diperluas dengan pesat. Produk utama yang dieksport ialah minyak serta isirong sawit.Tembakau: Kawasan perkebunan tembakau seluas 198,000 hektar pada tahun 1979, dengan 92% daripadanya ditanam oleh pekebun kecil ketika itu.Logam: Emas dan perak dihasilkan oleh PT Aneka Tambang di daerah Banten Selatan, dan tembaga di Papua.Asfalt: Perlombongan asfalt dilaksanakan di Sulawesi Tenggara. Terdapat 19 buah lombong, termasuk besar dan kecil, yang ditaksirkan berjumlah 28.5 juta tan.

Seni budaya
Indonesia terdiri daripada beratus-ratus suku kaum, dengan agama dan kepercayaan yang berbeza. Antara suku kaumnya termasuk Aceh (Melayu Tamiang dan Gayo),Batak (Karo, Toba, Mandailing, Pak-Pak, dan Simalungun), Minangkabau, Melayu (termasuk Melayu Deli, Melayu Palembang, Melayu Jambi, Melayu Pontianak, Melayu Bengkulu, Melayu Bangka Belitung, dan lain-lain), Rejang,Lampung, Badui, Jawa, Sunda, Banjar, Bugis, Toraja, Bali, Ambon, Madura, Minahasa, Dayak, Betawi, Papua dan lain-lain. Islam merupakan ugama majoriti di Indonesia terutama diwilayah Indonesia Barat (kecuali Batak), dan Indonesia Tengah (kecuali Pulau Bali yang umumnya beragama Hindu dan Sulawesi Utara yang umumnya beragama Kristian). Indonesia Timur (Flores, Ambon, dan Papua) secara majoriti beragama Kristian dan Katolik. Pulau Bali ialah satu-satunya provinsi yang secara majoriti beragama Hindu. Agama-agama yang lain seperti Buddha dan Konfusianisme umumnya dipeluk oleh kaum keturunan Cina. Secara undang-undang, agama di Indonesia diakui berjumlah lima (5) oleh pemerintah, iaitu:

Agama tradisional yang telah ada sejak masa nenek moyang di Nusantara seperti agama Parmalim daripada suku Batak, Kejawen daripada suku Jawa, dan lain-lain yang masih mempunyai unsur animisme, juga ada di Indonesia dan dianut secara minoriti oleh kaum-kaum pedalaman.

Seni budaya di Indonesia sangatlah beragam dan berbeza-beza, budaya Melayu merupakan salah satu budaya yang banyak dijalankan dikawasan-kawasan Melayu seperti diwilayah pesisir timur Sumatra dan pesisir Kalimantan. Tiap-tiap provinsi di Indonesia mempunyai bahasa dan budaya sendiri walaupun yang berdekatan saling mempunyai persamaan.

Dari segi pakaian, warisan budaya yang paling terkenal di seluruh dunia ialah batik. Tiap-tiap suku dan wilayah (provinsi) di Indonesia mempunyai pakaian adat masing-masing, dan memiliki hal-hal unik yang mewakili daerah yang dimaksud. Daerah-daerah yang terkenal untuk industri batik termasuk Yogyakarta, Solo, dan Pekalongan. Pakaian-pakaian asli Indonesia dapat dikenali daripada ciri-cirinya yang berbeza-beza:

* Pakaian tradisional Melayu Riau

*
* Pakaian tradisional suku Betawi

*
*
*
* Pakaian tradisional Batak Karo

Sarung dan Songkok umum dipakai oleh kaum lelaki di Indonesia terutama bagi mereka yang berugama Islam. Songkok merupakan pakaian kepala rasmi pemerintah di Indonesia yang digunakan oleh kaum lelaki. Kebaya merupakan pakaian adat yang umum dipakai oleh kaum wanita di Indonesia yang digunakan pada saat acara-acara tradisional, sementara kaum lelaki mengenakan baju Batik sebagai baju identiti Nusantara.

Seni pantun, gurindam, dan sebagainya kerap kali dipersembahkan dalam acara-acara seperti majlis kenduri perkahwinan, dan panggung seni. Silat adalah seni bela diri yang kekadang ditampilkan dalam acara-acara pertunjukkan dan biasanya diiringi oleh muzik tradisional gamelan dan lain-lain, sesuai dengan daerah asalnya.

Para pemain muzik Melayu di Indonesia

Kesenian Indonesia banyak dipengaruhi oleh beberapa budaya. Terdapat beberapa candi Hindu dan Buddha dari abad-abad yang telah lampau di Jawa. Tarian Jawa dan Bali yang terkenal, misalnya, mengandungi aspek-aspek kebudayaan dan mitos Hindu. Seni tarian yang tidak mengandungi nilai-nilai Islam umpamanya seperti Reog Ponorogo (Jawa Timur) dan Tari Kecak (Bali). Sedangkan seni tarian yang mengandungi nilai-nilai Islam, antaranya Tarian Saman dan Tarian Seudati di Nanggroe Aceh Darussalam. Selain itu, yang juga terkenal di dunia ialah wayang kulit, yang menampilkan kisah-kisah mitologi.

Terdapat banyak jenis muzik Indonesia, baik tradisional mahupun moden. Muzik tradisional Indonesia termasuklah keroncong Jawa dikenal oleh semua rakyat Indonesia dan sampai ke luar negara. Banyak alat-alat muzik tradisional Indonesia yang terkenal di dunia, misalnya Angklung yang berasal dari Jawa Barat. Ada juga muzik popular di Indonesia yang dikenali sebagai dangdut.

Dangdut merupakan gabungan muzik Melayu, India, dan muzik tradisional lain Indonesia. Muzik ini dipanggil “dangdut” kerana muziknya bergema dengan bunyi ‘dang’ dan ‘dut’ serta kerana muzik dangdut lebih dikuasai oleh bunyi gendang dan seruling. Lagu-lagu dangdut biasanya didendangkan oleh pedangdut dengan goyangannya yang seronok dan lemah gemalai sesuai dengan kecepatan lagu. Ada pelbagai macam corak muzik dangdut, antaranya: Dangdut Melayu, Dangdut Moden (dangdut masa kini yang alat muzik telah ditambah dengan alat muzik moden), Dangdut Pesisir (lagu dangdut bercampur muzik tradisional Jawa, Sunda), dan lain-lain. Pada tahun 70-an, dangdut lebih dikenali sebagai genre muzik orkestra Melayu, dan semakin menjadi popular mulai daripada dekad 80-an. Muzik dangdut juga digemari oleh orang-orang Jepun dengan pedangdut-pedangdut seperti Camelia Malik dan Elvy Sukaesih dijemput menyanyi dangdut di Jepun.

Ketenteraan dan Polis
Tentera
Polis
Islam
Rujukan
Nota kaki
Pautan luar
Wikiberita mempunyai berita berkaitan: IndonesiaLihat juga
PolitikKeahlianPeristiwaPertandinganBerkaitanAhliMesyuarat APEC * APEC Australia * APEC Singapura * APEC Korea Selatan * APEC Thailand * APEC Amerika Syarikat * APEC Indonesia * APEC Jepun * APEC Philippines * APEC Kanada * APEC Malaysia * APEC New Zealand * APEC Brunei * APEC China * APEC Mexico * APEC Thailand * APEC Chile * APEC Korea Selatan * APEC Vietnam * APEC Australia * APEC Peru * APEC Singapura * APEC Jepun * APEC Amerika Syarikat * APEC Russia * APEC Indonesia * APEC China * APEC Philippines * APEC Peru * APEC Vietnam * APEC Papua New Guinea * APEC Chile * APEC Malaysia * APEC New Zealand UmumPerpustakaan negaraLain-lain